Penduduk Terpinga-Pinga Dan Buntu, Air Paip Rumah Berwarna “Pink”, Pihak Berkuasa Pula Hairan Mengapa Ini Boleh Berlaku

Penduduk di sebuah bandar di utara China buntu memikirkan punca kepada fenomena air bertukar merah jambu yang mengalir dari pair air di rumah mereka.

Menurut Daily Mail, kejadian itu berlaku di bandar Shuozhoy, dekat wilayah Shanxi awal minggu ini.

Pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu selepas tular beberapa klip video mengenai fenomena air merah jambu ini.

Paparan video juga menunjukkan rakaman beberapa penduduk menunjukkan air keluar warna pink dari paip bilik mandi serta dapur.

Kejadian berlaku satu hingga dua hari itu juga terjadi di bangunan kediaman sebuah sekolah menengah yang menempatkan beberapa orang guru dan keluarga mereka.

“Ini berlaku sehari atau dua hari lalu. Kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku,” kata jurucakap sekolah berkenaan.

Fenomena aneh itu sehingga kini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan hasil keputusan juga masih belum diperoleh.

Berkemungkinan juga warna merah jambu itu adalah hasil tindakbalas bahan oksidan iaitu potassium permanganate (KMnO4) dan sodium permanganate (NaMnO4), yang ditambah secara berlebihan dalam air mentah ketika proses rawatan air dilakukan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Inilah Hukum Memandulkan Haiwan Mengikut Empat Mazhab Feqah