Bagi Hint Dengan Jejaka Sweden “Convertlah Boleh Kahwin Banyak”, Tetiba Ada Komen Netizen Yang Curi Tumpuan

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon berbakat besar, Sharifah Sakinah pasti sudah mengetahui bahawa beliau kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama dengan seorang jejaka yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen.

Sakinah telah memuat naik satu video pendek bagi mempromosikan semua drama yang dilakonkannya berjudul Isteri Misteri dan bakal ditayangkan di sebuah aplikasi penstriman online.

Apa yang menarik perhatian ialah caption yang ditulis oleh Sakinah itu agak lucu apabila dibaca dan turut seperti memberi bayangan kepada peminat.

Adakah ini bermaksud tidak lama lagi mereka berdua akan mendirikan rumah tangga?

Seperti yang semua ketahui, pasangan ini masih mahu merahsiakan hubungan mereka namun ketika Sakinah ditemu bual sewaktu program Melodi pada  13 Disember lalu, beliau telah memberi kenyataan berhubung perkara ini.

“Buat masa ni nak diam dulu sebab saya kan attention seeker. Tapi lagi dua atau tiga bulan tunggu je la, ada surprise sikit.”

Dalam masa yang sama, terdapat satu komen yang telah mencuri perhatian kerana ia merupakan satu info baharu untuk kita pelajari.

Nampaknya tak ada peluang la Michael nak kahwin ramai ya, selamat Sakinah macam ni, haha!

Apa pun kita doakan yang terbaik sahaja buat pasangan ini.

kredit hot

Artikel Berkaitan   Rasai Manfaat Asalkan Istiqomah Amalkan 2 Ayat Terakhir Surah At-Taubah