Najib Razak Kehilangan Bonda Tersayang, Tun Rahah “Kesedihan Dan Air Mata Mengalir”

Ibu kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Rahah Mohamed Noh meninggal dunia petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Najib dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Allahyarhamah Rahah merupakan balu kepada bekas perdana menteri kedua negara, Allahyarham Abdul Razak Hussein.

“Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir.

“Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” kata Najib.

Semalam, ibu kepada Ahli Parlimen Pekan itu yang dalam keadaan tidak sihat dan berada di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut hadir berziarah semalam adalah pemimpin politik dari kerajaan dan pembangkang termasuklah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

kredit Malaysiakini

Artikel Berkaitan   Lari Daripada Rumah Selama 3 Hari, Kucing Ni Pulang Ke Rumah Dan Menuntut 3 Ekor Ikan Kepada Pemiliknya Buat Netizen Terhibur