Terima Anugerah Khas Meletop, Ucapan Ustaz Ebit Lew Buat Sebak “Apa Yang Kita Hadapi Kerana Allah Sayang”

Ramai rasanya tidak akan menafikan sekiranya meletakkan Ustaz Ebit Lew sebagai wira dalam masyarakat kerana beliau telah membuktikannya dengan pelbagai bantuan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Sesuai dengan usaha dan niat murninya ikhlas membantu masyarakat, Ustaz Ebit Lew semalam menerima anugerah khas wira dalam sebuah program anugerah yang diadakan di Putrajaya.

Anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghargaan segala jasa dan sumbangan beliau dalam membantu, berdakwah dan terus menghulurkan bantuan kepada komuniti di Malaysia semasa negara ditimpa musibah wabak pandemik COVID-19. Apa yang istimewa lagi, beliau turut menyatakan anugerah yang diterima sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Sudah semestinya rata-rata warganet merasakan itulah anugerah paling layak diterima oleh Ustaz Ebit Lew dan berpuas hati dengannya. Menerusi anugerah itu, Ustaz Ebit Lew disebut sebagai insan yang dikenali dengan inisiatif dan keikhlasannya meringankan beban lnsan lain yang berada dalam kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama. Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew juga menerima wang tunai berjumlah RM10,000 sebagai penghargaan sumbangannya, yang mana duit itu boleh digunakannya untuk meneruskan kerja-kerja amalnya.

Dalam Ucapan Tetap Terselit Dakwah Dan Peringatan

Selain itu, ucapan Ustaz Ebit Lew juga dikatakan menyentuh perasaan serta membuatkan kita semua ingat semula hikmah disebalik ujian yang menimpa dunia sepanjang tahun ini.

“Ada orang yang hilang pekerjaan, orang tersayang dan macam-macam lagi denga ujian yang datang, tapi saya percaya ujian yang datang ini dan semua yang terjadi dalam hidup ini adalah kerana Allah sayang kita.” kata Ustaz Ebit Lew semasa menyampaikan sedikit ucapan.

Itulah antara kata-kata yang sering disebut oleh Ustaz Ebit Lew, iaitu mengingati ujian yang datang ini hikmahnya adalah kerana Tuhan sayangkan kita. Tambahannya lagi, musibah yang terjadi ini adalah supaya kita semakin sayang kepada keluarga kita, dan menyayangi semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Sempena hari jadi Ustaz, penyanyi nombor satu negara, Dato’s Sri Siti Nurhaliza turut tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan selamat hari lahir di ruangan komen Instagram Ustaz. Semoga segala usaha dan kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew bersama kumpulannya dapat memberi inspirasi buat kita semua untuk terus melakukan kebaikan.

kredit koolfm

Artikel Berkaitan   “Ada Yang Menyangka Saya Keluar Bersama Ayah Atau Datuk, Dia Suami Saya” Beza Umur 27 Tahun, Pasangan Ini Hidup Bahagia