Keluarga Chinese Masuk Islam Semuanya, Rupanya Hari-Hari Tengok Video Ustaz Ebit Lew, Selalu Menangis Sebab Nak Masuk Islam

Nama Ebit Lew tidak lekang dari mulut orang ramai dengan sifatnya yang sedia membantu orang yang memerlukan tidak kira umur, bangsa dan agama. Pendakwah terkenal, Ebit Lew telah mengajar ucapan kalimah syahadah kepada tujuh sekeluarga yang berniaga buah di Medan Gopeng, Ipoh, Perak. Perbuatnya itu dilihat sangta menyentuh hati orang ramai.


Menerusi perkongsian di Instagram rasmi miliknya, Ebit Lew memaklumkan setiap hari ibu dan anak keluarga itu melihat video yang dikongsinya di ruangan Facebook.

Difahamkan keluarga tersebut tersentuh hati dan menangis apabila melihat kehidupan orang susah di video yang Ebit Lew kongsikan dan disebabkan itu hati mereka terbuka untuk memeluk Islam. Menurut Ebit Lew lagi, salah seorang anak keluarga tersebut juga ingin menjadi seorang jutawan dan ingin membantu orang ramai yang berada dalam kesusahan. Oleh itu, Ebit Lew berasa begitu kagum dengan keluarga yang sangat rajin berniaga itu.

“Saya beli buah, mereka ambil dan congak sahaja, kakak bantu jaga adik-adik, hebat ibu dan ayah ini.

“Saya hadiahkan basikal kepada anak-anaknya, kerana saya difahamkan mereka tengah mengumpul duit untuk membeli basikal,” jelasnya.

Dalam perkongsiannya juga, Ebit Lew juga telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Hafiz Ng dari Jabatan Agama Perak dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Cina yang membantu keluarga itu. Rata-rata pengikutnya di Instagram memberi komen ucapan syukur dan mendoakan urusan Ebit Lew dan keluarga tersebut dipermudahkan.

kredit koolfm