Yang Rakam Lelaki Tapi Ada “Suara” Garau Wanita Ajak Bergambar, Gadis Dedah Ditegur Semasa Naik Bukit

KUALA LUMPUR, 30 Dis ― Seorang gadis mendakwa terdengar suara makhluk halus ketika mendaki bukit di Tanjung Tuan di Port Dickson, Negeri Sembilan.


Lily mendakwa kejadian kejadian berlaku kelmarin ketika beliau memulakan pendakian bersama keluarga pada pukul 6.30 pagi dan turun sejam kemudian.

Ketika perjalana menuruni bukit, katanya terdengar suara perempuan yang kedengaran garau, sedangkan di belakangnya adalah seorang lelaki yang sedang merakam video.

Katanya anak saudaranya berusia tiga tahun mendakwa terlihat sekumpulan orang ramai dihadapannya, namun hakikatnya tiada siapa kelihatan.

“Saya nak cuba tanya dia mana ada orang tapi saya ingat kata-kata orang tua-tua, jangan tegur kalau budak kecil nampak.

“Jadi saya kuatkan diri jalan sampai bawah. Siapa yang pernah pegi tanjung tuan untuk cari latok tu tahu la tempat dia seram macam mana,” catatnya di Twitter.

Hantarannya sejak semalam dikongsi lebih 3,000 pengguna dan lebih 6,000 tanda ‘suka’.

Warga maya di ruangan komen turut berasa seram selepas melihat rakaman berdurasi 11 saat yang dimuat naik Lily.

Ada yang berkongsi pengalaman sama berdepan saat mistik ketika mendaki di Tanjung Tuan.

“Pengalaman sendiri 2014, turun pukul 6 petang, ada dua budak perempuan berlari tutun sambil menangis cakap ada lembaga hitam kejar.

“Bila sampai bawah mata mereka merah, nak elak histeria, ada seorang ustazah cuba bantu,” kata Haff Monsta Corndog.

kredit projekmm