Tuanku Permaisuri Murka Gambar Agong Dihina Dengan Lakaran Yang Sengaja Mencetuskan Kemarahan

KUALA LUMPUR, 31 Dis ― Raja Permaisuri Agong murka terhadap beberapa hantaran foto di media sosial yang menghina wajah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram memuat naik tiga tangkapan layar foto Al-Sultan Abdullah yang telah disunting oleh ‘bukan_bangjago’ dan menggesa pemilik akaun itu dikenakan tindakan.

Namun baginda dalam catatan sempat bergurau kepada suaminya foto itu kelihatan “comel dan seksi”.

“Beta menunjukkan hantaran kepada suami dan memberitahunya… “tuanku kelihatan comel dan seksi”.

“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja.

“Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan,” catat Tunku Azizah di Instagram hari ini.

Warga maya di ruangan komen turut berang dengan tindakan menghina institusi raja dan mahu pelaku tersebut ditangkap segera.

“Saya mohon pelaku-pelaku ini dilucutkan kerakyatan,” catat mell_mdnor.

“Tangkap dan terus buang kerakyatan. Tak hormat langsung. Sangat-sangat biadap,” catat alinurhidayu.

Semakan mendapati akaun Instagram bukan_bangjago dicipta dengan sengaja mencetuskan provokasi apabila memuat naik beberapa hantaran yang menghina Agong dan bendera Malaysia.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Naik Angin Ditahan Ketika Pemeriksaan, Lelaki Ini Bertindak Tumbuk Anggota Polis