La Baru Tahu! Kalau Ikutkan Nilai Duit Kita Dah Macam Singapore Dan Brunei Tapi Kita Tidak Sertai Perjanjian Ni

Penularan Covid-19 secara tidak langsung telah membuka mata rakyat Malaysia bahawa terdapat ratusan ribu rakyat kita yang bekerja di Singapura.


Itu pun secara tidak langsung diketahui selepas media tempatan mula melaporkan tentang nasib dan masa depan lebih 200,000 pekerja warga Malaysia disana yang dilihat tidak menentu ekoran penutupan sempadan ke dua-dua negara dalam mengekang penularan wabak maut tersebut.

Dan akhirnya dalam masa beberapa bulan, ribuan dari mereka telah diberhentikan kerja dan ketika ini masih berusaha keras mendapatkan pekerjaan dalam negara.

Persoalan seperti ‘kenapa mereka memilih untuk bekerja di Singapura’ rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi. Seluruh rakyat Malaysia baik rakyat di selatan atau di mana -mana pelusuk negara pasti tahu jawapannya.

Ia disebabkan nilai matawang Singapura Dollar SGD yang begitu tinggi sekaligus memberikan rakyat Malaysia yang bekerja di sana pendapatan tiga kali ganda jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.

Namun tahukah anda, situasi sebegini sebenarnya tidak berlaku sebelum tahun 1973?

Malah sebelum 1973, negara kita, Singapura dan Brunei terikat pada satu perjanjian Pertukaran Mata Wang yang turut dikenali sebagai Currency Interchangeability Agreement (CIA) 1967 dimana Ringgit Malaysia boleh ditukar pada nilai yang sama dengan dolar Singapura dan dolar Brunei.

Jika dimudahkan iaitu RM 1 = SGD 1 = BND 1 atau turut digelar The equal dollars

Bukan itu sahaja, menerusi perjanjian tersebut, ketiga-tiga mata wang ini boleh digunapakai di ketiga-tiga negara tanpa sebarang pengecualian.

Namun semuanya berakhir pada pada 8 Mei 1973, selepas kerajaan Malaysia memutuskan mengundurkan diri dari perjanjian Pertukaran Mata Wang tersebut manakala dua lagi negara tersebut masih lagi mengekalkan perjanjian mereka sehingga kini.

Jadi anda sudah faham bukan kenapa mata wang Dolar Brunei (B$) kekal sama nilainya dengan Dolar Singapura S$ sehingga ke hari ini ?

Malah sehingga kini kedua-dua negara masih mengekalkan perjajian asal dimana matawang mereka masih masih sah digunakan diantara mereka tanpa perlu ditukarkan.

Menarik bukan? Umpama matawang Euro yang boleh digunakan di seluruh Eropah

kredit buzzkini