Rasanya Makan Tak Adalah Banyak Sangat Tapi Berat Naik Mendadak, Rupanya Ini Puncanya, Salah Satu “Kuah Banjir”

Masalah kegemukan khasnya dinegara ini bukanlah satu perkara yang baru disebut. Sehingga November 2020, Malaysia menjadi negara ‘tergemuk’ di Asia dengan 33 peratus rakyatnya mempunyai berat badan berlebihan dan 18 peratus pula mengalami obesiti.


Tren kegemukan ini berpunca daripada pelbagai faktor. Paling utama adalah dari segi pemakanan kita setiap hari.

Menurut Public Health Malaysia, makan ‘kuah banjir’ merupakan antara perkara yang tidak disangka boleh menyebabkan kegemukan. Ia adalah kerana bilangan kalori dan juga lemak yang ada dalam hidangan kuah banjir yang mendorong kepada masalah kegemukan ini untuk berlaku.

Seriously, aku tak makan banyak pun.. tapi hairan kenapa badan aku makin naik.Ketahuilah terdapat banyak faktor yang…

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, January 6, 2021

Dan tahukah anda, dalam satu hidangan nasi kandar kuah banjir, ia mempunyai sehingga 800 kalori dariapada kuah berlemak dan bersantan seperti kari dan rendang!

Selain itu, berikut adalah antara perkara yang tidak disangka boleh menyebabkan kegemukan:

  1. Tidak cukup tidur
  2. Waktu makan yang tidak teratur
  3. Skip sarapan pagi
  4. Tidak makan buah-buahan
  5. Suka makanan berkrim, cheesy, mayonis, dressing dan sos.
  6. Gemar minum minuman yang manis dan mempunyai susu yang pekat seperti teh tarik.

Amalan hidup yang sihat seperti rajin bersenam dan bersukan boleh membantu anda untuk mengatasi masalah kegemukan. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menentukan tahap kesihatan anda.

kredit era