Jangan Biarkan Diri Anda Dan Keluarga Main Air Dalam Banjir, Doktor Muda Ini Dedah Akibat Yang Kita Tidak Perasan

ORANG ramai yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir diingatkan supaya tidak bermain air banjir bagi mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bukan apa, baru sahaja semalam, seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mengharungi banjir di Rantau Panjang, Kelantan.

Perkara tersebut juga menjadi bualan ramai apabila satu video dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam tular menerusi media sosial.

Rakaman video berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang cuba ingin mengalihkan badan mangsa yang tertiarap di atas jalan raya dengan menggunakan sebatang kayu panjang.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Dr Khairul Hafidz di Twitter @khairul_hafidz semalam.

Dr Khairul Hafidz.

Susulan tragedi itu, pegawai perubatan tersebut terus menegah orang ramai agar mengelak mandi air banjir.

“Ia kerana air banjir mempunyai banyak benda yang boleh membahayakan kesihatan manusia,” ciapnya.

Dr Khairul Hafidz juga mengingatkan mereka yang ingin mahu masuk ke dalam kawasan banjir, terlebih dulu memastikan kasut boot getah dipakai sempurna termasuk sarung tangan getah dan goggles.

“Tindakan itu diingatkan untuk mengelakkan diri daripada luka, masalah cirit-birit, gigitan haiwan, bahan-bahan kimia dan bahaya renjatan elektrik,” pesan beliau.

Selepas itu, pesannya, jika sudah terdedah dengan air banjir, sila mandi semula dengan air bersih dan menggunakan sabun.

“Ia adalah kerana pendedahan terhadap air banjir yang tercemar juga akan menyebabkan ruam pada kulit, jangkitan pada usus, tetanus dan penyakit kencing tikus,” tambah beliau.

Artikel Berkaitan   “Wehh Lain Gila Kot, Memang Dah Tak Cam” Peminat Terkejut Perubahan Muka Rafique Sekarang Lain Dari Cerita Drama Ramadhan Rafique

Bukan itu sahaja, jangan lupa basuh pakaian yang terdedah dengan air bah tadi dengan sabun basuh sebelum digunakan semula.

Jangan lupa, virus Covid-19 masih berleluasa!

kredit sinarplus