Dah Pakai Deodoran Pun, Ketiak Masih Lagi Bau “Pahit”, Rupanya 4 Benda Ni Punca

Masalah ketiak berbau ini sering menimbulkan kebimbangan dan juga menyebabkan kehilangan keyakinan diri. Kombinasi peluh dan juga bakteria akan menimbulkan bau badan yang panggil body odor.


Badan manusia ni ada kelenjar peluh yang berfungsi untuk menyejukkan suhu badan dan 2 kelenjar peluh tersebut adalah eccrine dan juga apocrine. Kalau di bahagian ketiak, kelenjar yang terlibat adalah kelenjar apocrine. Ianya bersifat lebih berlemak dan cenderung untuk berbau.

Bagi individu yang mempunyai masalah badan yang berbau ni biasanya kelenjar apocrine mereka lebih banyak dan bersaiz lebih besar.

Deodoran VS Ketiak Berbau

Walaupun deodorant sudah digunakan, namun ketiak anda masih lagi berbau. Nak tahu kenapa? Disini ada beberapa sebab mengapa ianya berlaku.

  1. Memakai deodorant biasa

Deodoran biasa mungkin sesuai untuk digunakan sepanjang aktiviti harian biasa. Namun jika anda melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan dan mengeluarkan banyak peluh. Sebaiknya anda menukarkan deodorant khas untuk bersenam dan sebagainya.

  1. Bergantung kepada wangian

Nak tutup dan singkir bauan adalah dua perkara yang berbeza. Siapa tahu bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh merengsakan kulit serta membunuh bakteria baik yang dapat membantu anda untuk berbau dengan lebih baik secara semula jadi.

  1. Peluh atau bau ketiak

Berpeluh ialah salah satu fungsi detoks semula jadi badan dan keadaan ini sebenarnya menjadikan badan anda berbau dengan lebih baik untuk tempoh jangka masa. Dan produk yang menghalang anda daripada berpeluh seperti aluminium-filled antiperspirants, boleh melemahkan kelenjar ekrin dan menyebabkan lebih berbau dari semasa ke semasa.

  1. Perlindungan sepanjang hari

Korang pasti dah biasa tengok label ‘perlindungan sepanjang hari’ pada sesetengah deodorant dan menyangka ia boleh melindungi anda daripada berbau dalam tempoh yang lama. Tapi sebenarnya ia bergantung kepada jumlah peluh anda dan kebanyakannya hanya bertahan untuk tempoh beberapa jam sahaja.

Oleh itu, walaupun deodorant boleh membantu untuk menghilangkan bau busuk ketiak, namun ianya amat penting untuk menjaga kebersihan badan.

kredit ceriasihat