Netizen Serang Ibubapa Kanak-Kanak Yang Maut Dalam Jagaan Pengasuh, Ini Jawapannya Rayu Jangan Menokok Tambah

Baru-baru ini media tempatan ada melaporkan kejadian seorang bayi lelaki berumur bulan yang disahkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Putrajaya.

Menerusi laporan sama juga, bayi berkenaan juga dikatakan dalam keadaan demam dan selesema sewaktu dihantar di rumah pengasuhnya di Presint 9, Putrajaya.

Perkara tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam ibu bapa bayi berkenaan yang didakwa kononnya tidak peka pada kesihatan anak mereka.

Terbaru ibu kepada anak syurga tersebut, Sofiarti Oktarina tampil menerusi satu posting di laman Facebooknya dan menjelaskan hal sebenar kepada orang ramai.

Tidak demam

Mengakui telah telah memaafkan segala kecaman yang dilontarkan masyarakat, Sofiarti bagaimanapun turut menjelaskan, arwah anaknya tiada sebarang gejala demam namun hanya selesema sedikit sahaja sewaktu di hantar rumah pengasuh.

Malah menurutnya dia ada membawa anaknya itu ke klinik dua hari sebelum kejadian dimana doktor yang memeriksa mmemberitahu bahawa anaknya baik-baik sahaja.

“Di kesempatan ini saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa, arwah tak demam semasa dihantar ke pengasuh.

“Bayi saya sihat dan aktif seperti biasa cuma ada selesema sedikit sahaja. Dua hari sebelum, saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan.

Tambahnya lagi, pengasuh juga sayangkan anaknya justeru antara dia dan pengasuh tiada dendam dan sebagainya.

“Antara saya dan pengasuh tiada dendam atau apa, pengasuh memang sayang anak-anak saya seperti anak sendiri.

Suami isteri adalah petugas barisan hadapan

Menerusi beberapa posting rakan terdekat, pasangan suami isteri ini merupakan petugas barisan hadapan justeru mereka tiada pilihan selain menghantar anak mereka kepada pengasuh kerana cuti dibekukan.

Ya Allah, sedihnya. Ibu & ayah merupakan frontliners, takda pilihan lain melainkan hantar anak-anak kepada pengasuh….

Posted by Siti Sarah Amran on Saturday, January 9, 2021

Kepada wartawan2 yg dikasihi.. tlg lah keluarkan statement sahih dan tidak menokok tambah benda yg tidak wujud sbg…

Posted by Nik Nur Hazwani on Sunday, January 10, 2021

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   Inilah Cara-Cara Membaca Al-Fatihah 41 Kali Bagi Memohon Hajat. RUGI Tak Amalkan