Nazri Aziz Tarik Sokongan Daripada Menyokong Perikatan Nasional Menjadikan Kerajaan Muhyiddin Semakin Goyang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengisytiharkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti.

Beliau berkata, selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tarik sokongan, kini PN cuma ada 109 sahaja.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menyatakan terdapat kemungkinan beberapa lagi ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat.

“Atas mandat yang diberikan oleh UMNO bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO, saya umumkan menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada.

“Saya telah lama fikirkan tentang keputusan ini dan inilah keputusan yang terbaik untuk parti saya.

“Kita tidak boleh menentukan bila PRU tetapi dengan menarik sokongan makanya kerajaan sudah tidak ada sokongan apabila hanya mempunyai 109 sahaja,” katanya pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.

Hadis sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman namun beliau tidak membuat sebarang kenyataan.

Mohamed Nazri berkata, pengumuman darurat selepas pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 adalah bukti logik bahawa kerajaan PN telah runtuh.

Katanya, Muhyiddin dilihat agak panik kemungkinan kerana sudah tahu perancangan beberapa ahli Parlimen UMNO untuk menarik sokongan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

“Ini memang darurat politik sebab jika kesihatan, kita boleh guna pakai PKP,” katanya.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   "Dia Baik, Saya Sayang Dia Kerana Allah. Berpisah Tak Semestinya Kita Gaduh Dan Saling Membenci”