“Allah, Ramainya Macam Beratur Nak Naik Bas” Viral Video Dikatakan Pesakit Covid19 Baru Datang Di Dewan MAEPS Bikin Gusar

Viral di Twitter sejak malam semalam sebuah video yang menunjukkan suasana dalam sebuah dewan di mana ramai orang dilihat beratur dengan membawa beg masing-masing dan memakai pelitup muka.

Melalui video itu juga, beberapa petugas kesihatan memakai set PPE lengkap juga turut kelihatan selain banyak katil double decker berada di dalam dewan yang sama.

Kata individu tersebut video itu dia dapat dari group Whatsapp dan dewan itu dipercayai di MAEPS. Tujuannya berkongsi adalah untuk spread awareness supaya rakyat tidak leka dengan kes yang semakin meningkat setiap hari.

Video itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di mana dia memohon Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membuat pencerahan dan penjelasan sama ada informasi tersebut sahih atau sebaliknya.

Beliau turut memohon agar Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Melalui tweet beliau juga, seorang pengguna Twitter ada memuat naik sebuah lagi video suasana di sebuah dewan yang menunjukkan ianya dipenuhi dengan katil double decker.

Ramai yang tertanya-tanya sama ada orang ramai yang beratur itu adalah individu yang menunggu giliran untuk check in atau sudah dibenarkan discharge.

Bagaimanapun, video tersebut semestinya menimbulkan kerisauan dan kegusaran netizen yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir berkenaan kes Covid-19 di negara kira.

kredit lobak merah

Artikel Berkaitan   Tuanku Permaisuri Murka Gambar Agong Dihina Dengan Lakaran Yang Sengaja Mencetuskan Kemarahan