Doa Neelofa Tarik Perhatian Netizen Menceritakan Isi Hatinya, Ramai Yang Mendoakan Segalanya Cepat Selesai

Selebriti Noor Neelofa semakin mendapat perhatian apabila banyak berkongsi ilmu bermanfaat buat pengikutnya di media sosial.

Pada 11 Januari 2021, Neelofa telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Melalui hantaran tersebut, Neelofa telah berkongsi doa untuk memohon cinta kepada Allah.

Beliau yang berkongsi doa dalam Bahasa Arab itu, turut menyertakan pengertiannya:-

“Ya Allah, aku mohon padaMu, cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin.”

Neelofa mengakui sangat suka akan doa tersebut, dan mengajak pengikutnya supaya dapat mengamalkan doa tersebut sebanyak mungkin.

Perkongsian daripada beliau telah dihujani komen-komen daripada peminat yang turut mengaminkan doa berkenaan.

Semoga Neelofa mendapat cinta Ilahi yang didambakan serta memperoleh cinta seorang jejaka yang turut sama-sama mencintai Sang Pencipta.

kredit hot

Artikel Berkaitan   Dulu Pengutip Sampah Di Jalanan, Tapi Hari Ini Gadis Ini Bergelar Graduan Daripada University Of Melbourne