“Tanpa Niat Menghina Sesiapa, Saya Mohon Maaf”- Ahmad Maslan

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai hanya pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) yang memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin.

Menurut Ahmad, beliau tidak berniat menghina sesiapa kerana pemegang PhD dimaksudkan adalah merujuk kepada panel dalam forum siaran langsung di Facebook UMNO Online.

“Saya maksudkan lulusan #UIA (Universiti Islam Antarabangsa) itu YB Zaidi (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz), tangan saya tunjuk kepada beliau.

“Ada PhD itu Dr Baha (Profesor Madya Dr Baharuddin Aziz), tangan saya tunjuk kepada beliau pula. Dua ahli panel dalam forum. Contoh-contoh spesifik spontan tanpa niat menghina sesiapa, saya mohon maaf,” katanya dalam ciapan di Twitter pada malam Selasa.

Ciapan dari Twitter Ahmad.

Dalam ciapan sama, ujar Ahmad, PRU sememangnya tidak akan diadakan dalam tempoh darurat walaupun kerajaan mempunyai sokongan kurang 112 majoriti.

Terdahulu, menurut laporan sebuah portal, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menyifatkan hanya golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan PRU secepat mungkin.

Beliau berkata demikian selepas menonton laporan berita memaparkan reaksi seorang pemarut kelapa yang berpandangan PRU tidak wajar diadakan buat masa ini kerana penularan Covid-19 masih berlaku.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   Kisah Sadis Lelaki Pes4kit C0vid19 Tunggu Lama Menanti Rawatan “Pergi” Di Atas Troli