“Tidak Mampu Tahan Sebak” Detik Rakaman Terakhir Ibu Yang Jadi Mangsa Nahas Pesawat Di Indonesia Seolah-Olah Bagi Tanda Akan Pergi Selamanya

Jakarta: Satu rakaman video yang menunjukkan suasana dalam pesawat Sriwijaya Air SJ182 sebelum berlepas dari Jakarta, tular di media sosial.

Portal Tribunnews melaporkan video itu dirakam ibu bapa kepada Sri Wahyuni yang menjadi antara mangsa nahas pesawat berkenaan.

Sri Wahyuni berkata, berdasarkan rakaman yang diterimanya itu, dia melihat ibu dan ayahnya berada dalam pesawat Sriwijaya Air SJ-182.

Video itu diambil ketika penumpang memasuki pesawat berkenaan.

Dalam video itu, kelihatan ibu bapanya, Supianto, 37, dan Rusni, 44, menunjukkan cuaca di luar dari tingkap pesawat.

Kelihatan hujan membasahi tingkap pesawat. Sri berkata, ibu, ayah, dan adiknya, Abida Dania, 2, antara penumpang pesawat dari Jakarta menuju Pontianak.

Ibu mengikuti bapanya yang bekerja di Pontianak. Sehingga kini, Sri Wahyuni berasal dari Kampung Mattigae, Pinrang menunggu khabar baik mengenai nasib ibu bapa dan adiknya.

Dengan nada sedih, Sri menjelaskan video itu dikirim oleh ibu bapanya.

“Hari Sabtu, pada masa itu, mereka sudah ada di lapangan terbang di pesawat. Selepas itu tidak ada khabar lagi,” kata Sri Wahyuni.

Katanya, selepas itu, dia mendapat maklumat pesawat yang dinaiki keluarganya itu terputus hubungan melalui televisyen dan media sosial.

Ketika itu, dia melihat nama ibu bapanya dalam daftar penumpang pesawat berkenaan.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   "Saya Nak Gaji RM3,500...Duduk Rumah Teres, Pakai Kereta Exora," - Aliff Syukri Tidak Sangka Hidup Mewah Bukanlah Apa Yang Dicarinya?