Gadis Terkejut Namanya Tersenarai Dalam Mangsa Pesawat Sriwijaya Air Yang Meninggal Dunia

Jakarta: Seorang remaja, Sarah Beatrice Alomau, 19, bingung selepas mendapati namanya berada dalam senarai mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu.

Sarah yang menetap di Tangerang dan bekerja di kilang kertas mengesyaki rakan sekerjanya menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan.

Wakil Ketua Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Forum Komunikasi Masyarakat (FKM), Fridrik Makanlehi berkata, remaja berkenaan terkejut selepas melihat namanya tertera di televisyen sebagai seorang mangsa nahas pesawat itu.

“Dia mengesyaki rakan sekerjanya, Selvin Daro menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan ke Pontianak,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurutnya, sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai Selvin.

Sarah melalui peguamnya, Richard Riwoe berkata, dia tidak pernah meminjamkan kad pengenalannya kepada Selvin dan kad berkenaan masih ada dalam simpanannya.

“Kami tidak tahu sama ada dia (Selvin) menggunakan salinan fotostat atau imbasan kad berkenaan ketika mendaftar masuk kerana kad yang asal masih ada pada Sarah,” katanya.

Richard berkata, timbul persoalan bagaimana Selvin melepasi prosedur pemeriksaan penumpang menggunakan nama individu lain.

“Bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan dan ujian rapid antigen? Kebiasaannya, penumpang perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang sebenar.

“Kami juga mahu syarikat penerbangan memeriksa rakaman CCTV untuk memastikan perkara ini,” katanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Maaflah, Mak Bukan Mengandung Tapi Mak Nak Termuntah! Sape B***H Neh? Uweeekkkk! Penumpang Sumbat Taik Dalam Singki