Tak Puas Hati Permintaannya Mahu Sebiji Motor, Remaja Ini Bakar Rumah Sendiri

Jogjakarta: Hajat memiliki motosikal tidak dapat ditunaikan menyebabkan seorang anak sanggup membakar rumah ibu bapanya di daerah Kulon Progo, di sini.

Remaja berusia 17 tahun itu sebelum ini meminta bapanya membelikan sebuah motosikal.

Namun, disebabkan kekangan kewangan kerana bekerja sebagai petani, hasrat itu tidak dapat ditunaikan.

Menerusi laporan Tribunnews.com, suspek bagaimanapun enggan menerima alasan itu dan berang dengan bapanya.

Kelmarin, adalah kemuncak kemarahan apabila suspek membakar rumah yang didiami bersama ibu bapanya sebagai tanda protes.

Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry berkata, bimbang anaknya bertindak lebih ‘dahsyat’ menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar mengerjakan tanaman di sekitar kampung.

“Namun, sebaik pulang ke rumah, mereka terkejut apabila melihat pintu depan rumah sudah terbakar.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih 500,000 rupiah (kira-kira RM150),” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengesyaki anak lelakinya membakar rumah kerana tidak dibelikan motosikal seperti diminta.

Hasil risikan berjaya menahan suspek yang mengakui bertindak sedemikian kerana marahkan orang tuanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Edar Dadah Sama-Sama, Pasangan “Sweet” Sehati Sejiwa Ke Tali Gantung