Inilah 2 Cerita Asal Usul Daging Harimau Menangis Yang Ramai Tidak Tahu, Rupanya Ia Bukan Sengaja Dinamakan

Sejak akhir-akhir ini, resipi daging harimau menangis mendapat perhatian ramai selepas timbul kontroversi mengenai hak dan cap patent pada nama ‘Harimau Menangis’ tersebut.

Justeru, ramai yang mula ingin cuba sendiri resipi daging harimau menangis ini dan tertanya-tanya juga dari manakah nama harimau menangis ini mendapat nama.

Daging harimau menangis atau nama lainnya Sua rong hai, adalah makanan tempatan Thai yang dimasak dari bahagian daging brisket lembu. Namanya diperoleh berdasarkan mitos tempatan.

Dikatakan orang dahulu yang pergi memburu akan mencari bangkai lembu yang sudah dimakan oleh harimau. Ketika ini, mereka membayangkan harimau akan menangis kerana harimau sering membiarkan sahaja bahagian yang paling sedap pada lembu iaitu brisket dipotong dan tidak memakannya.

Manusia ketika itu menggunakan potongan ini untuk memasak hidangan yang lazat dan menamakannya “harimau menangis”.

Selain itu, ada juga kisah orang dulu-dulu yang membandingkan bahagian daging brisket ini dengan kulit harimau lalu menyebutnya sebagai “daging harimau”. Semasa daging ini dipanggang, lemak yang terkumpul di serat otot akan cair lalu ia turun seperti air mata. Dengan itu, mereka menamakan hidangan itu “harimau menangis”.

Jadi, nama daging harimau menangis ini bukanlah satu nama yang baharu, kerana ia sudahpun wujud sejak berpuluh tahun lamanya. Anda boleh cuba masakan daging harimau menangis ini berdasarkan beberapa resipi enak dibawah. Selamat mencuba!

kredit era

Artikel Berkaitan   Keluarga Gelabah Gara-Gara Salah Seorang Ahli Keluarganya Tertelan “Padlock” Tapi Tetap Tersenyum