Selepas Suami Disahkan Positif Covid19, Emma Maembong Kongsi Dirinya Juga Positif Tapi Tiada Simptom

PETALING JAYA – Pelakon popular, Emma Maembong mengesahkan dirinya positif Covid-19. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri menerusi Instagramnya, sebentar tadi.

Menerusi sebuah video berdurasi 41 saat yang dimuat naiknya, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 29, turut menunjukkan dirinya sedang menjalani ujian calitan di kediamannya.

“Buat ujian calitan di rumah sendiri bersama @kumpulan_megaklinik_zahran.

“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan. Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif.

“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata- rata pengikut dan rakan artis mendoakan kesejahteraannya bersama keluarga. Tambah Emma yang popular menerusi drama Cemburu Seorang Perempuan, dia akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari bermula hari ini.

Beberapa jam sebelumnya, suaminya, Shazli Azhar, turut disahkan positif virus itu dan berkongsi tentang perkembangan dirinya menerusi Instagram.

Pada masa sama, Emma turut memaklumkan bayinya, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan negatif virus tersebut selepas menjalani ujian calitan.

Terdahulu, Emma dan Shazli sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara pada 20 Februari tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Gabriel pada 8 November lalu.

Menerusi beberapa perkongsian status sebelum ini juga, difahamkan kakak kepada Chacha Maembong itu sedang menjalani penggambaran drama bertajuk Aku Pilih Bahagia bersama Datuk Fizz Fairuz dan Alvin Chong

kredit kosmo

Artikel Berkaitan   Bimbangkan Ibu, Shaheizy Sam Tulis Surat Minta Bantuan Polis Untuk Lindungi Ibunya