Pelajar Malaysia Di Mesir Trending Gara-Gara Videonya Menegur Orang Arab Tidak Tahu Bahasa Arab, Siap Tarik Perhatian TV Al-Jazeera Lagi

Sebagai rakyat yang cintakan negara Malaysia, kebanyakan dari kita pasti akan berasa bangga apabila ada dikalangan kita yang mencipta nama di luar.

Tidak kira agama dan bangsa, sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mengangkat nama negara di arena antarabangsa pasti akan membuatkan majoriti kita berasa bangga.

Terbaru seorang mahasiswa kita, Ustaz Syukri Abdullah yang kini sedang melanjutkan pelajaran di tahun 3 Universiti Al Azhar, Mesir menjadi tumpuan media dan rakyat di negara tersebut.

Namanya menjadi sebutan malah menjadi trending di stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera (Egypt) gara-gara penularan sebuah video dimana dia mengkritik penggunaan bahasa pasar di sana iaitu Bahasa A’mmiyah dan meminta rakyat Mesir untuk kembali menggunakan Bahasa Arab Fusha iaitu bahasa arab baku.

Dijemput menjayakan program Al Azhar

Difahamkan semuanya bermula selepas Syukri dan dua lagi rakyat Malaysia bersama mahasiswa dari beberapa negara lain termasuk Indonesia, Burkina Faso dan Mesir menerima tawaran daripada Ketua Media Universiti Al-Azhar iaitu Dr. Hussam Syaker untuk terlibat sama menjayakan projek anjuran Fakulti Media dalam memperkasakan bahasa Arab Fushah.

Yang menariknya di antara kesemua wakil, video Syukri mula viral di laman Al Jazeera sehingga menjadi sohor di Mesir.

Bahasa A’mmiyah adalah bahasa dialek tempatan.

Buat anda yang tidak tahu, Bahasa A’mmiyah ni umpama dialek negeri jika dibandingkan di Malaysia.

Bahasa utama kita adalah Bahasa Melayu tapi hampir setiap negeri ada dialek tersendiri bukan? Seperti dialek Kelantan, dialek Sabah, dialek Utara, dialek negeri sembilan dan macam-macam lagi..

Begitu juga bahasa Arab A’mmiyah, dimana bahasa ini sebenarnya berbeza di setiap negara Timur Tengah berbanding bahasa Fushah yang merupakan bahasa arab asal dan turut digunakan di dalam al-Quran.

Artikel Berkaitan   Siti Sarah Tempelak Peniaga Yang Sanggup Jual Maruah Untuk Lariskan Produk Dan Terkilan Sanggup Membelakangkan Islam

Sebagai contoh :

Apa khabar (كيف حالك) :

  • Mesir: ازيك – izay-yak
  • Jordan: كيفك – key-fak
  • Maghribi: كيداير- ki-daa-yer
  • Saudi: كيف الحال – kei-fal-haal
  • UAE: ايش لونك – isy-lou-nak

Menerusi video tular ini, Ustaz Syukri tegaskan kepada kita semua untuk berkomunikasi dalam bahasa arab asli iaitu bahasa Al Quran bukanlah berbahasa arab pasar macam mana orang Mesir gunakan untuk bertutur seharian. Terus viral video ni pada orang Mesir!

Ye lah kan, siapa tak mengamuk bila ada yang kritik bahasa pasar yang digunakan setiap hari bukan?

Namun situasi ini agak berbeza kali ini. Meskipun ada yang merasakan ianya lucu, rata-rata memberikan feedback yang positif malah ada yang berpendapat Syukri seolah-olah membuka mata mereka untuk menghargai bahasa arab Fushah.

Malah mereka begitu berterima kasih apabila ada seorang individu dari negara luar yang sanggup mengingatkan mereka untuk memperkasakan Bahasa Arab Fushah yang turut dikenali sebagai bahasa kalamullah (bahasa al-Quran)

Cepat sangat viral! Hingga sekarang di page Al Jazeera (Misr) posting tersebut sudahpun meraih 370K views, 3.9K share dan 1.1K comments dan ia antara feed yang paling hangat. Ustaz Syukri Abdullah berkata, dia sendiri masih tak percaya hingga ke sekarang yang video itu akan viral sampai ke media antrabangsa.

”MasyaAllah! Kau betul! Saya benar-benar berharap agar ianya terjadi kerana bahasa Arab ialah bahasa Al-Quran. Dan kita kena berhati-hati kerana bahasa Arab A’mmiyah ni banyak bercampur baur.” tulis seorang netizen.

“Tak patut anda kutuk dia sebab dia tegur kita benda betul. Ini tak lucu! Sepatutnya jika ada seorang antara kita yang bercakap guna arab fushah (bahasa arab asal), kita seharusnya kena guna bahasa yang sama juga. Moga Allah Merahmatimu ” tulis seorang lagi netizen .

Artikel Berkaitan   “Nyilunya Dengar” Pekerja Asing Ini Terjatuh Ke Dalam Mesin Tepung, Bila Dijumpai Begini Keadaan Mayatnya

Siapa Ustaz Syukri?

Beliau antara mahasiswa Malaysia yang menuntut di Kuliah Dirasat Islamiah, Universiti Al-Azhar, juga penerima biasiswa Menteri Besar Selangor kerana mendapat keputusan Mumtaz Sofi dalam STAM 2017.

Beliau berjaya mendapat Anugerah Sultan Idris Shah 2017 apabila dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan STAM 2017.

Walaupun masih muda, beliau ketika ini begitu aktif melibatkan diri dalam aktiviti avitivi amal dan kesukarelawanan. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Setiausaha MyFundAction Africa.

Bukan hanya rakyat Malaysia, malah turut bantu masyarakat dunia.

Sebagai sukarelawan Youth of Strength & Happiness (YOSH) MyFundAction, beliau bukan sahaja membantu masyarakat Malaysia tetapi membantu masyarakat pelbagai negara dari seluruh dunia.

Pernah menjadi penterjermah bahasa arab di Konvesyen Antarabangsa di Turki

Apa yang lebih membanggakan apabila pernah terpilih menjadi penterjemah bahasa arab di Konvesyen Antarabangsa ‘Palestin Tidak Akan Terhenti Nadinya’ di Turki.

Nasihat dari anak perantauan untuk pembaca Buzzkini:

“Manfaatkanlah sekecil-kecil kelebihan kita dan sebarkan kebaikan ke seluruh dunia.” Walaupun sebaris ayat tapi tersangat sangatlah mendalam dan terkesan untuk kita yang hidup di atas muka bumi ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyedarkan masyarakat di luar sana bahawa bahasa arab ini penting untuk kita kuasai kerana ianya adalah bahasa syurga!

kredit buzzkini