“Satu Hari Selepas Solat Subuh, Saya Menerima Kiriman Mesej Daripada Ibu. Dia Ambil Masa Yang Agak Lama..”

Penyanyi, Zizi Kirana memilih untuk padan foto seksinya di media sosial khasnya Instagram bagi memenuhi permintaan ibu tersayang.

Zizi berkata, hatinya terdetik untuk berbuat demikian selepas menerima teks kiriman ibunya menerusi WhatsApp.

“Satu hari selepas solat Subuh, saya menerima kiriman mesej daripada ibu. Selepas dia bertanya sama ada saya sudah solat Subuh atau belum, saya nampak lagi dia sedang menaip sesuatu.

“Dia ambil masa yang agak lama juga sebelum mengirimkan mesej itu kepada saya.

“Intinya adalah dia meminta supaya saya memadam gambar-gambar seksi di Instagram dan menasihati saya supaya menjaga pemakaian saya,” katanya.

Penyanyi Eh ini turut mengakui, dia kini sedang cuba perlahan-lahan untuk ubah diri ke arah yang lebih baik kerana sedar kita kini berada di penghujung zaman.

“Sebenarnya, sejak awal tahun lalu lagi saya sudah mula terfikir mengenai perkara ini lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda Covid-19.

“Saya sentiasa berfikir, kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Jadi, tak salah kalau kita semua berubah ke arah yang lebih baik.

“Lagi satu, saya sendiri pun tak tahu sama ada saya atau ibu saya yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu.

“Jadi, sementara dia masih ada, saya tak mahu kecewakannya dan tunaikan permintaannya untuk kebaikan saya,” katanya lagi.

Baru-baru ini, turut tular video rakaman Zizi yang sedang mengalunkan ayat suci al-Quran yang secara tidak langsung membuatkan ramai membuka mata dengan kemampuannya itu.

“Itu adalah video rakaman untuk satu program bercorak keagamaan yang akan ditayangkan di kaca TV menjelang Ramadan ini,” akhiri Zizi.

kredit media hiburan

Artikel Berkaitan   “Ya Memang Saya Ada Anjing, Nama Dia Blacky” Netizen Pertikaikan Umie Aida, Rupanya Inilah Kisah Sebenar