“Anwar Sendiri Yang Tak Habis-Habis Menggerakkan Pendewa-Pendewa Dia Suruh Tun M Meletak Jawatan”

“SELEPAS mengaku mendapat sokongan yang ‘formidable and convincing’ untuk kesekian kalinya, kali ini nak bawak kerajaan ke mahkamah pula.” kata Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berhubung kenyataan terkini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut Wan Saiful, rakyat sepatutnya boleh menarik nafas lega kerana dalam tempoh darurat, ahli politik dapat kurangkan aktiviti berpolitik serta boleh menumpukan usaha membantu rakyat yang dilanda banjir dan penularan Covid-19.

“Tapi masih tak habis-habis nak rampas kuasa. How detached from reality can one be? Dah terlupa agenda rakyat sebab mengejar jawatan?

“Menuduh bahawa Tan Sri Muhyiddin (Yassin) mengkhianati Tun Dr Mahathir (Mohamad). Sedangkan semasa Pakatan Harapan (PH), yang mengkhianati Dr Mahathir ialah dia (Anwar) sendiri yang tak habis-habis menggerakkan pendewa-pendewa dia suruh Tun M meletak jawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Wan Saiful, Presiden PKR itu tidak perlu menggunakan cara membuat tuduhan kepada Muhyiddin kerana ingin membersihkan nama baiknya.

Katanya, daripada menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) tiada rancangan yang jelas adalah lebih elok jika Anwar menyuarakan pandangan yang lebih baik daripada hanya cakap kosong sahaja.

“Kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin inilah yang istiqamah fokus keperluan rakyat. Walaupun setiap hari diganggu dengan suara sumbang sebegini, Muhyiddin tetap dengan fokus beliau untuk rakyat.

“Cadangan yang lebih baik satu pun tak ada, tapi tak habis habis dengan cita-cita peribadi,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar dalam kenyataan hari ini berkata, pengumuman demi pengumuman yang dibuat kerajaan seolah-olah tidak ada perancangan awal yang sering tidak jelas, langsung menginjak perasaan rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata dampak dari semua ini adalah panik dan ketidaktentuan.

Artikel Berkaitan   “Cikgu Kerusi Saya Basah.” Bila Murid Ini Bangun Semua Yang Lain Bertempiaran Lari Keluar Kelas

“Muhyiddin telah meletakkan negara ini dalam lembah percanggahan. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil.

“Apa yang kelihatan seolah bersyarat, namun nampaknya semacam akan kekal. Cakap-cakap tentang pemulihan ternyata omong kosong,” kata Anwar.

Kata Anwar lagi, pemerintah ketika ini minta rakyat untuk berkorban tetapi belum nampak tanda-tanda yang kerajaan turut sama bergelut dan bersusah dengan rakyat.

Jelasnya, hari demi hari, kerajaan semakin hilang wibawa dan keyakinan semakin payah untuk dipulihkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri. –

kredit Malaysiapost