Video Shuib Sepahtu Umum Pengunduran Diri Dari Jadi Dj Radio, Semacam Hati Tak Sanggup

Pelawak Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjadi penyampai radio di Hot FM selepas dua tahun berkhidmat di stesen itu.

Berita sedih itu diumumkan semasa siaran Geng Pagi Hot (GPH) pagi tadi.

Menurut Shuib, dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peniagaan yang dijalankan.

Menerusi video dikongsi, Shuib seakan tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada rakan setugas dan pendengar setia mengenai perkara tersebut yang turut disifatkan sebagai satu keputusan drastik.

Sementara itu, Shuib yang turut berat hati dengan keputusan itu menyatakan beliau sangat seronok sepanjang berada di Hot FM.

Aku tak pernah rasa pergi kerja macam balik rumah, macam tu seronoknya bekerja di sini,  ujar Shuib

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang akui terkejut dan turut merasa sedih di atas keputusan tersebut.

Minggu Terakhir Shuib Bersama Hot FM.Pagi ni, Shuib baru je mengumumkan yang Shuib akan meninggalkan Geng Pagi Hot bersama Hot FM. Setelah 2 tahun bersama GPH, Shuib memutuskan untuk menumpukan perhatian dalam businessnya.Kami mendoakan yang terbaik untuk Shuib. Minggu ni, merupakan minggu terakhir Shuib bersama GPH.Take care dol! @shuibsepahtu@shuk_hotfm@fizie_hotfm@affendyjailani#GengPagiHot

Posted by Hot FM on Sunday, January 17, 2021

Bagaimanapun, rata-rata mereka mengucapkan terima kasih selama dua tahun menghiburkan para pendengar serta mendoakan semoga berjaya dalam urusannya kelak.

Mengimbau kembali kenangan manis yang pernah dilalui, Shuib berkongsi cerita di mana pada hari pertama bekerja di stesen itu, beliau perlu menemuramah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan terima kasih kepada Shuib yang telah menceriakan hari-hari kami setiap pagi dan semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Artikel Berkaitan   Tersebar Gambar Mirip Bogel Faizal Tahir, Ini Pesanan Khas Padu Daripada Beliau Kepada Penyebarnya

kredit mykmu