“Mama… Harimau Pun Nangis Tengok Ni,” Kongsi Gambar Ibu Masa Muda, Ramai Boleh “Cair” Lihat Ibu Neelofa

Bintang media sosial, Ameera Khan ada memuat naik beberapa perkongsian pendek menerusi Insta Story di Instagram miliknya, pada Selasa.

Menariknya, adik kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa ini berkongsi beberapa foto ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sewaktu muda.

“Mama… Harimau pun nangis tengok ni,” tulisnya ringkas pada foto lama ibu tercinta bersama emoji.

Sementara itu dalam satu perkongsian lainnya, Ameera  sekali lagi menulis kapsyen berseloroh.

“Menangis ke tak menangis?,” titipnya lagi.

Di dalam beberapa gambar yang dikongsikan itu, jelas menggambarkan Datin Noor Kartini mempunyai raut jelita sejak dari dulu lagi.

Malah, usahawan tersebut juga kelihatan anggun mengenakan persalinan hitam dan putih lengkap dengan aksesori anting-anting sebagai pelengkap gayanya dalam foto tersebut.

kredit MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan   Seorang Suri Rumah Menjadi Pembunuh Bersiri. Dia Merancang Dengan Rakannya Ini Dengan Teliti Sehingga 16 Tahun Terselamat