Lepas Mencuri Kereta, Lelaki Ini Sedar Dalam Kereta Ada Bayi Lalu Memulangkah Semula Kepada Ibunya Sambil Ugut Untuk Buat Laporan Polis

Washington: Seorang pencuri kereta di Oregon menunjukkan dia masih seorang bertimbang rasa apabila sanggup berpatah balik dan ‘memulangkan’ budak lelaki kepada ibunya sebaik mencuri kenderaan milik wanita itu.

Malah lelaki berkenaan turut memarahi wanita terbabit kerana meninggalkan anak lelaki yang berusia empat tahun sendirian di dalam kereta Honda Pilot dengan enjin masih hidup dan pintu tidak berkunci.

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah premis barangan runcit di Portland, pinggir bandar Beaverton, Sabtu lalu ketika wanita berkenaan keluar dan meninggalkan anaknya di dalam kenderaaan untuk membeli susu dan daging, menurut laporan media tempatan.

Jurucakap polis Beaverton, Matt Henderson berkata, suspek berniat mencuri kenderaan itu dan mahu melarikannya, namun dia terkejut apabila mendapati pintu tidak berkunci selain terdapat kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang.

“Dia kemudian berpatah balik ketika masih dalam kawasan tempat letak kenderaan dan ‘bersyarah’ kepada wanita itu kerana meninggalkan anaknya.

“Malah suspek mengugut mahu melaporkan tindakan wanita itu (meninggalkan anak) kepada polis,” katanya yang dipetik New York Post.

Menurutnya, dalam keadaan terkejut, wanita itu mengambil anaknya dan lelaki terbabit segera melarikan diri dengan kenderaan jenis utiliti sukan berkenaan.

“Jelas sekali kami bersyukur suspek mengembalikan si kecil (mangsa) dan sopan melakukannya,” kata Henderson.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Tahi Cicak Bersepah Dekat Tepi Tinggal, Gunakan 3 Bahan Ini, Selesai Masalah!