
Risau dengan penularan dan peningkatan kes COVID-19 di negara ini, lagi-lagi dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, kerajaan dan syarikat besar di China sanggup membayar rakyat mereka supaya tidak keluar rumah.
Antara inisiatif yang ditawarkan adalah seperti wang tunai, baucar membeli-belah, tiket filem, tiket masuk ke tempat menarik dan sebagainya.
Meskipun begitu, ramai yang dilihat mula mengambil peluang untuk pulang ke kampung bagi meraikan Tahun Baru Cina yang disambut selama 16 hari.
China merupakan negara terawal mencatatkan kes COVID-19, berjaya melandaikan kes jangkitan kepada dua angka kes baharu. Namun, ia kembali mencatatkan peningkatan sejak 10 Januari lalu menimbulkan kerisauan pada orang ramai di China.
kredit era