Banduan Disabitkan Kesalahan Selepas Menjolok Botol Budu Ke Dalam Dubur Rakannya

KOTA BHARU – Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan menjolok botol budu plastik ke dalam dubur seorang lagi banduan lain di dalam Penjara Pengkalan Chepa di sini pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seksual terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaannya di sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa di sini.

Kesalahan didakwa dilakukan pada jam 5 petang, 30 Disember tahun lalu.

Pertuduhan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara berkait kesalahan jenayah dadah, samun, pukul dan menghalang tugas awam.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Februari depan.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   “Kami Dipulau Dan Dibuli” Peroleh Keputusan 7G Dalam Periksa, Instafamous Dedah Punca Sebenar