Sumber Dedah Najib Razak Adalah Dalang Di Sebalik Surat Gesa ‘Sidang Khas Parlimen’

DATUK Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha Umno yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Menurut sumber yang rapat dengan Umno, bekas presiden parti itu berbuat demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu, lapor Astro Awani.

“Malangnya, usaha Najib itu gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak bersetuju dengan langkah tersebut yang dilihat ‘menderhaka kepada Agong’ manakala hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor mengantar surat kepada Ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan untuk mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung Proklamasi Darurat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Ahmad yang didakwa menghantar surat kepada Ahli Parlimen menggesa sidang diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Annuar, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Dalam pada itu, sebuah portal dipercayai milik ahli Umno, www.umnobaru.org turut menyediakan laporan terperinci beserta gambar dan surat Setiausaha Agung Umno itu yang dialamatkan kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, situasi itu menunjukkan cengkaman Najib di kalangan ahli-ahli Parlimen Umno kian lemah setelah usahanya mendapatkan akaun bersumpah (SD) baru-baru ini gagal.

Tegas sumber itu lagi, ia juga bukti jelas ahli-ahli Umno harus segera ‘merehatkan’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti kerana sanggup mengikut telunjuk Najib bersama beberapa ahli-ahli Parlimen Umno yang diheret dalam pelbagai tuduhan di mahkamah.

Artikel Berkaitan   Doa Yang Boleh Diamalkan supaya Jodoh Datang Dengan Cepat, Dijumpai Dengan Orang Yang Baik

kredit Malaysiapost