SKMM Beri Amaran Jangan Layan Mesej 6 Digit Ini Untuk Mencuri Whatapps Anda Secara Halus

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

Menurutnya, taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya mangsa supaya menyerahkan kod 6-digit pengesahan yang diterima pihak WhatsApp.

Kod pengesahan yang diterima pengguna itu adalah bagi pengesahan apabila berlakunya cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp.

Pengguna yang terpedaya akan menyerahkan kod pengesahan itu sebelum pihak tidak bertanggungjawab menggunakan akaun berkenaan untuk tujuan peribadi.

Antara laporan yang diterima, pihak tidak bertanggungjawab ini akan meminta wang daripada kenalan mangsa dengan menyamar sebagai individu tersebut. Kenalan yang menyangka itu adalah akaun sebenar memberikan wang yang diminta tanpa menyedari ia adalah satu penipuan.

Justeru pihak SKMM menyeru pengguna agar berwaspada terhadap sebarang permintaan kod pengesahan 6 digit WhatsApp daripada orang yang dikenali seperti rakan atau ahli keluarga, juga daripada orang yang tidak dikenali, atau daripada pihak yang mengaku dirinya sebagai pihak berkuasa atau kakitangan WhatsApp,

Namun bagi mereka yang telah menjadi mangsa, anda disaran untuk mengikuti langkah seperti di pautan https://faq.whatsapp.com/general/account-and- profile/stolen-accounts/ untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.

Mangsa juga dinasihatkan untuk membuat laporan dan aduan berhubung pengambilalihan akaun WhatsApp ini kepada balai polis berhampiran, atau kepada MCMC menerusi saluran portal aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my, e-mel: [email protected] atau WhatsApp: 016-220 6262.

kredit era

Artikel Berkaitan   Doktor Persis Bidadari Buat Pengumuman Bikin Warga Indonesie Sentiasa Ternanti-Nanti Laporan Covid19