Sekumpulan Pelajar SPM Terpaksa Dikuarantin Semua Gara-Gara Ada Murid Yang Positif Covid19

Semalam, sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan depan terpaksa dikuarantin lepas seorang calon didapati positif COVID 19.

Menurut Astro AWANI, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama.

“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,” katanya.

Pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT telah dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk MARA.

Mereka katanya akan dipindahkan dengan menaiki bas dengan diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan. Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bersama bagi menjaga kebajikan pelajar di pusat kuarantin.

Dalam pada itu, pihak Balai Bomba Kuala Lipis menerusi perkongsian di Facebook dilihat telah menjalankan tigas mereka dalam menjalankan aktiviti sanitasi di MRSM tersebut.

Dalam satu update terbaru dari MKN Pahang, pihak mereka telah mengesahkan terdapat perubahan dalam jumlah pelajar yang dikuarantin iaitu sebanyak 86 orang dan tiga guru menjadi pengiring.

Artikel Berkaitan   “Saya Peluk Dan Bawa Ke Mana Sahaja Baju Anak Supaya Jiwa Saya Lebih Tenang Untuk Melepas Kerinduan Itu”

Jumlah positif pula disahkan bertambah kepada 2 orang dan 27 masih menunggu keputusan. 

Sama-sama kita doakan semoga pelajar-pelajar ini selamat dan tabah menghadapi ujian ini. 

kredit lobak merah