“Dulu Masa Kecil Tak Nampak Sangat” Anak Izara Aishah Tarik Perhatian Muka Nampak Macam Korea

Nampaknya anak gadis pelakon Izara Aishah semakin membesar dan kini si kecil itu sudah berusia sembilan bulan!

Si kecil yang diberi nama Irisa Alaia itu dilihat semakin cantik dan bak kata netizen, persis seperti anak orang Korea!

Alamak, ni mesti Izara ada terkenan dengan mana-mana artis Korea waktu mengandungkan Irisa ni kan?

Dalam masa yang sama, ramai yang turut memuji kecomelan yang dimiliki oleh si kecil itu.

Bukan itu sahaja, nampaknya Irisa juga pandai posing di depan kamera, mungkin ikut perangai Izara juga kan?

Untuk makluman, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada November 2017 yang lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel iaitu Irisa Alaia dan mungkin akan ada yang kedua pula selepas ini?

kredit hot

Artikel Berkaitan   “Take What You Need” Ustaz Ebit Lew Perkenalkan Pasaraya Wakaf, Boleh Ambil Siapa Yang Memerlukan Barangan