Suami Sering Mengadu Sakit Perut, Rupa-Rupanya Isteri Dah Banyak Kali Letak Racun Dalam Minuman Mahu Bunuh Suaminya

New York: Angkara marahkan suaminya, warga emas di Amerika Syarikat nekad meracuni suaminya berulang kali.


Namun, taktik Suncha Tinevra, 70, dari Queens itu berjaya dihidu suaminya, Robert Baron, 63, yang curiga dengan kelakuan isterinya.

Baron pertama kali menyedari masakan isterinya pelik pada September tahun lalu.

Dia juga kerap sakit dan adakalanya tertidur sehingga 15 jam kerana terlampau penat selepas makan masakan Tinevra.

Mengesyaki suatu yang pelik, Baron memasang kamera pengawasan mini di dapur rumah mereka tanpa pengetahuan isterinya yang dikahwini sejak 11 tahun lalu.

Akhirnya rahsia Tinevra terbongkar selepas Baron melihat pasangannya itu meletakkan racun dalam air kopinya minggu lalu sebelum melaporkannya kepada polis.

Tinevra ketika disoal siasat memberitahu, dia sengaja meletakkan asid borik dalam minuman suaminya ketika sedang marah.

“Saya sudah lakukan dua atau tiga kali. Saya tak ingat bila tetapi yang pasti ia berlaku ketika saya marahkannya. Saya mahu memberi pengajaran kepadanya,” katanya dalam portal Oddity Central.

Tinevra dibebaskan pada Jumaat lalu tanpa ikat jamin, namun dia dilarang mendekati suaminya.

Asid borik banyak digunakan sebagai antiseptik untuk merawat luka atau lecur ringan selain racun serangga untuk lipas dan semut.

Berdasarkan kes terdahulu, satu sudu borik asid boleh membunuh seorang lelaki seberat 68 kilogram

kredit harian metro