Ramai Orang Keliru, Oat Sebenarnya Tidak Sesuai Untuk Yang Ada Kencing Manis, Ini Sebabnya!

Apa itu oats?

Oat merupakan salah satu bijirin gluten bebas yang kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat terutamanya beta glucan dan anti-oxidan. Oats mempunyai banyak kebaikan dimana ianya dianggap sebagai salah satu makan yang sangat berkhasiat. Selain daripada memakannya dalam bentuk bubur, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti roti, biskut dan granola.

Kebaikan Pengambilan Oat

  1. Sesuai sebagai sarapan

Pengambilan oat sebagai sarapan ialah satu alternatif terbaik dan juga sangat berkhasiat. Ditambah pula dengan kehadiran buah-buahan dan juga susu berkrim dapat melengkapkan lagi pengambilan nutrisi harian anda. Oat dapat kurangkan kadar  kolesterol dan tekanan darah tinggi.

  1. Rasa kenyang lebih lama

Oat yang tinggi dalam kandungan serat yang boleh menjadikan seseorang itu kenyang.

  1. Bantu Kurus Dengan Sihat

Kandungan serat dalam oat tadi bukan sahaja bantu buat kita kenyang tapi serat ni juga bantu untuk perlahankan kadar penghadaman nutrien dalam badan. Bila proses penghadaman lambat, badan dapat menyerap nutrien-nutrien dengan lebih lama.

  1. Kurangkan Kadar Kolesterol

Ada satu komponen penting dalam oat iaitu beta-glucan. Beta glucan ni dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Sebab ianya terdiri daripada serat yang mudah larut dalam saluran pemakanan dan hasilkan lapisan macam gel untuk kumpul kolesterol berlebihan.

Kenapa Oat Bahaya Pada Penghidap Kencing Manis?

Oat instant and quick tidak sesuai untuk dimakan oleh pesakit diabetes kerana semakin halus oats, semakin cepat penyerapan gula ke dalam darah dan ianya juga mempunyai Indeks glisemik yang sangat tinggi.

Waktu diproses, kandungan nutrient dan juga serat yang ada dalam oats ni akan terbuang sekali dan berlakulah perubahan pada indeks glisemik.

Artikel Berkaitan   Pakcik Umur Sudah Lanjut , Kaki Pula Patah Tapi Masih Kuat Cari Rezeki, Netizen Ajak Support Ramai-Ramai

Penghidap kencing manis kalau nak juga makan oat boleh tapi kena ambil yang kurang indeks glisemik iaitu melalui rolled oats, atau yang paling terbaik steel cuts atau groat oats.

kredit ceriasihat