Wanita Bunuh Suami Gara-Gara Terjumpa Gambar “Gadis Muda” Dalam Dompet, Rupa-Rupanya Gadis Tersebut Adalah Dia Semasa Muda

Hanya kerana cemburu buta, seorang wanita di Mexico telah ditahan selepas bertindak menikam suaminya.

Wanita tersebut yang dikenali dengan nama Leonora N, difahamkan telah terjumpa beberapa foto didalam galeri telefon suaminya, Juan N memperlihatkan si suami bersama seorang ‘gadis muda’.

Menurut kenyataan polis di Cajeme, Sonora, Leonora yang berang dengan penemuan tersebut, terus bertidak di luar kawalan dengan menikam si suami beberapa kali tanpa usul periksa walhal ‘gadis’ didalam foto tersebut adalah dirinya sendiri suatu masa dahulu.

Lenora N

Juan yang ditikam bertalu-talu bagaimanapun berjaya merampas pisau dari isterinya sebelum menjelaskan bahawa kesemua foto tersebut adalah foto lama mereka yang dirakam beberapa tahun yang lalu.

Menurut si suami lagi, foto-foto berkenaan difahamkan telah didigitalkan untuk disimpan di dalam telefonnya.

Namun tidak lama kemudiannya polis telah menyerbu rumah tersebut dan menahan wanita berkenaan selepas menerima laporan dari jiran yang terdengar jeritan dan pergaduhan mereka.

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   “Allah Lebih Sayangkan Anakku. Papa Reda, Papa Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat” Almy Nadia Keguguran, Fizz Fairuz Redha Kehilangan