Doktor Didakwa Enggan Selamatkan Bayi Apabila Lemaskan Bayi Dalam Air Kemudian Simpan Dalam Peti Sejuk Walaupun Kakinya Bergerak

Almaty: Dua doktor pakar dan seorang bidan di Kazakhstan dipenjarakan selepas membunuh seorang bayi pramatang yang baru lahir dengan meletakkan mangsa dalam peti sejuk beku mayat.

Bayi pramatang itu dikatakan masih hidup ketika pihak perubatan di hospital memasukkannya ke dalam peti berkenaan.

Portal Mirror melaporkan walaupun melihat kakinya bergerak, doktor berkenaan enggan menyelamatkan bayi itu kerana mereka sudah tersilap mengisytiharkan bayi itu mati ketika proses kelahiran.

Mahkamah mendapati mereka bersalah dengan sengaja membunuh bayi itu untuk menyembunyikan kecuaian mereka, kata penyiasat, Askarbek Ermukashev.

Ketiga-tiga mereka juga didapati ada berbincang untuk melemaskan bayi itu ke dalam air sebelum memutuskan memasukkan bayi itu dalam peti sejuk, menurut bukti yang dikemukakan pada perbicaraan.

Pernyataan mahkamah tidak menyatakan jantina kanak-kanak itu, tetapi mgorod.kz melaporkan bayi itu perempuan.

Salah seorang doktor didengar mengatakan ‘semoga Tuhan mengampuni kami’ ketika panggilan telefon yang dirakam secara rahsia di mana doktor membincangkan kes itu.

Pendakwa berpendapat ini adalah bukti tindakan mereka dirancang dan tahu apa yang dilakukan.

Bayi itu menunjukkan tanda-tanda hidup walaupun sudah diisytiharkan mati ketika proses kelahiran.

Namun, pasukan perubatan di pusat pranatal wilayah Atyrau gagal menyelamatkan bayi itu walaupun pakar menyimpulkan mangsa berpeluang untuk hidup.

Ketua doktor Kuanysh Nysanbaev memerintahkan bayi itu dimasukkan ke dalam bilik mayat walaupun mengetahui kaki bayi itu bergerak-gerak.

Dia dipenjara selama 18 tahun oleh mahkamah di Atyrau manakala pakar obstetrik ginekologi Askar Kairzhan dipenjara selama 16 tahun dan bidan, Jamilya Kulbatyrova dipenjara 15 tahun.

Bidan itu meletakkan bayi di dalam peti sejuk atas perintah dua doktor pakar itu.

Artikel Berkaitan   Bimbangkan Ibu, Shaheizy Sam Tulis Surat Minta Bantuan Polis Untuk Lindungi Ibunya

Dua kakitangan perubatan lain yang juga pakar neonatologi masing-masing dihukum tiga tahun setengah kerana gagal melaporkan jenayah berkenaan.

Pembunuhan kejam itu terbongkar selepas detektif memantau butiran telekomunikasi daripada telefon bimbit Nysanbaev sebagai sebahagian daripada siasatan satu kes rasuah yang lain, kata laporan.

Wakil menteri kesihatan Lyazzat Aktayeva turut meminta maaf kepada keluarga terutama ibu bayi itu.

kredit harian metro