Dekat Luar Banyak Pengawit, Kalau Nak Sihat Dan Yakin Boleh Try Cara Buat Bebola Ayam Crispy, Bagi Anak Makan! Memang Menyelerakan

Selain nugget, bebola ayam antara makanan sejuk beku yang selalu kita beli kerana anak-anak menyukainya. Tapi kita tahu makanan frozen sebegini tak boleh selalu dimakan kerana mengandungi pengawet selain bahagian ayam digunakan banyak lemak

Kalau nak yang sihat sebaiknya buat sendiri. Kita boleh gunakan isi ayam tanpa lemak dan tak guna bahan kimia. Cara membuatnya dikongsi oleh Rizani Islar.

Buat sendiri bebola ayam

Bahan-bahan

Isi ayam dipotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 3 ulas (kisar tanpa air bersama bawang besar)
Lada putih (kisar kering, kuantiti ikut tahap kepedasan yang disukai)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Tepung gandum
Air rebusan ayam
Telur
Serbuk roti

Cara membuat:

  1. Isi ayam yang dipotong tadi direbus tapi jangan terlalu lama. Kemudian tos, biar sejuk dan kisar. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Campurkan ayam kisar, bawang merah dan putih yang dikisar, lada putih, garam & serbuk perasa. Gaul rata. Letak air rebusan ayam supaya agak-agak basah.
  3. Perasakan, agar adunan cukup masin, dan pedas. Bila rasa dah ok, letak tepung gandum. Jangan terlalu banyak nanti bebola jadi keras.
  4. Bentuk jadi bulat, celup dengan telur yang dibancuh diikuti dengan serbuk roti.
  5. Panaskan minyak dan boleh terus goreng. Siap!

Selamat mencuba!

kredit vanilla kismis

Artikel Berkaitan   Oleh Kerana Mahu Membuktikan Keberkesanan Ubat Yang Dicipta Sendiri, Doctor Ini Masuk Hospital