Kebiasaannya, malam adalah waktu untuk manusia berehat selepas seharian penat melakukan kerja.
Namun, ada yang akan berjaga pada waktu malam atas sebab dan alasan tertentu, menyebabkan waktu tidur individu itu tidak mencukupi seperti yang disarankan iaitu sekurangnya 7 jam sehari.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lima impak dan kesan kepada individu itu jika beliau sering berjaga pada waktu malam.
- Gangguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan
Ia boleh menyebabkan penyusutan ‘white matter’ pada otak yang penting bagi proses pembelajaran.
- Obesiti dan diabetes
Gangguan pada metabolism badan dan perubahan hormon yang menyebabkan individu berasa lapar dan berkeinginan mencari makanan berkarbohidrat/gula dari biasa.
- Emosi terganggu
Kurang tidur menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti ‘membuat keputusan dan perancangan teratur’ berhenti berfungsi.
- Impak kesihatan asas
Menyebabkan infeksi badan seperti selsema dan lain-lain.
- Mengganggu regulasi gula dalam darah
Bagi mengelakkan ini dari terjadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya sekurangnya 7 jam sehari agar tubuh lebih sihat dan bersedia untuk menghadapi hari siang dengan lebih baik.
kredit syok