Ramai Mencuri Bunga Tepi Jalan Gara-Gara Cantik, Ini Ancaman Yang Anda Bakal Hadapi

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memetik pokok yang ditanam di tepi jalan.


DBKL berkata, berlaku kecurian pokok jenis hiasan Aglaonema ‘Red Master’ di Jalan Desa Kiara, Mont Kiara, yang ditanam Jalan Pembangunan Lanskap dan Rekreasi.

“Mereka yang mengambil pokok-pokok ini mungkin ‘berminat’ kerana bentuknya yang unik dan warnanya yang menarik.

“Tetapi tahukah anda, tindakan ini merupakan salah satu musnahlaku (vandalisme) yang membolehkan anda didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Jadi pastikan minat anda itu tidak menyebabkan anda didenda,” catat DBKL dalam hantaran di Facebook semalam.

Hantaran itu mendapat reaksi lebih 300 pengguna Facebook, ada yang mendakwa pokok itu sedang tular dan menjadi perhatian ramai.

“Bunga jenis tengah viral, di luar mahal. Sepokok dalam kira-kira RM200,” catat Nazeera M L Abdullah.

Ada juga yang mencadangkan DBKL membuka nurseri dan menjual tanaman pokok kepada orang awam.

kredit projekmm