Wanita Tak Sangka Punggung Digigit Beruang Ketika Sedang Dalam Tandas

Anchorage: Perkhemahan musim sejuk seorang wanita berhampiran Haines, Alaska pada hujung minggu lalu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila punggungnya digigit beruang.

Portal KFVS 12 melaporkan insiden itu berlaku ketika mangsa, Shannon Stevens berkhemah dengan abang, Erik Stevens dan teman wanita abangnya itu di tasik Chilkat.

“Kejadian berlaku ketika saya berada di dalam tandas apabila dengan tiba-tiba berasa digigit di bahagian punggung.

“Tidak menyangka yang menggigit saya itu beruang…saya berasa sakit hingga menjerit,” katanya.

Jeritan Shannon menyebabkan Erik berlari ke luar khemah untuk melihat apa yang berlaku.

Shannon berkata, dia kemudian menghalakan lampu suluh sebelum melihat seekor beruang.

Wanita itu bagaimanapun tidak cedera serius sebaliknya hanya luka dan sedikit kesan calar saja.

Erik dan teman wanitanya yang membantu mencuci luka berkenaan.

“Sebaik menyedari semuanya baik-baik saja, kami semua ketawa kerana tidak percaya dengan apa yang berlaku,” kata Erik.

Keesokan paginya, Shannon menemui tapak kaki beruang di sekitar tapak perkhemahan.

Ahli Biologi Ikan dan Hidupan Liar Alaska, Carl Koch memaklumkan dia tidak pernah mendengar kes beruang di tandas luar rumah.

“Haiwan itu kurang kelihatan pada musim sejuk, tetapi pasti akan keluar dari habitatnya,” katanya.

Koch percaya ia beruang hitam, berdasarkan trek berhampiran rumah luar.

Katanya, pemilik kabin berdekatan juga melaporkan kerosakan rumah mereka pada hari berikutnya dan memberikan gambar beruang hitam berkeliaran di kawasan sekitar.

Menurut Shannon pengalaman itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati.

Mujurlah luka saya sudah sembuh,” katanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Masjidil Haram Dah Buka” Wanita Nafi Video Yang Tersebar, Ini Sebenarnya Keadaan Mekah Yang Ramai Tidak Tahu