“Buat Masa Ini Saya Berhenti Dulu Rawatan. Namun, Kalau Rasa Sakit Sangat Saya Buat Urutan Sendiri Seperti Yang Diajarkan”

Penyanyi Zamani mendedahkan dirinya harus menghentikan dahulu rawatan bagi penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung yang dialaminya buat sementara waktu.

Memetik laporan Harian Metro, Zamani memaklumkan keputusan tersebut terpaksa dibuat memandangkan sumber pendapatannya dikatakan turut telah terjejas berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya lagi, untuk beberapa sesi rawatan mengurut dia harus mengeluarkan kos diantara RM300 hingga RM400.

“Buat masa ini saya berhenti dulu. Namun, kalau rasa sakit sangat saya buat urutan sendiri seperti yang diajarkan.

“Hidup memang ada fasa-fasanya dan kita kena lalui apa yang berlaku sekarang,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari ini juga mendedahkan dirinya turut memohon bantuan bagi golongan B40 seperti yang telah dikhaskan oleh pihak kerajaan.

Malah, Zamani menyifatkan dirinya tidak sesekali berasa malu untuk mengakui mengenai perkara tersebut.

“Apa nak dimalukan kerana artis juga perlukan pendapatan. Pada saya tiada salahnya perkara ini. Tidak ada apa yang hendak dimalukan kerana semua orang terkesan sekarang. Semata-mata nak elak malu, tapi hidup susah pun tak guna juga.

“Apapun, terpulang kepada cara masing-masing dan saya tak malu untuk mengakui perkara ini. Lagipun saya dah pernah rasa susah dulu,” katanya lagi.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Slam ini memberi tahu, dia tidak akan hanya berdiam diri dan mengharapkan bantuan semata-mata sebaliknya dia tetap akan
terus berusaha bagi mencari rezeki buat keluarganya itu.

“Selain itu, saya juga keluarkan syampu jenama Salju yang dipasarkan menerusi platform ilike_global dan akan turut dijual di Shopee selepas ini.

“Ini termasuk buku Hitam Putih Sebuah Autobiografi yang mengisahkan kehidupan saya juga dikeluarkan dan dijual menerusi platform kru2u.originals,” katanya,” jelasnya.

kredit media hiburan

Artikel Berkaitan   Hati-Hati Kalau Pasang Bendera, Ini Yang Anda Perlu Tahu, Kalau Salah Boleh Didenda