Teringat Dulu Kahwin Tak Tutup Aurat, Lisdawati Ajak Fauzi Nawawi Jadi Pengantin Semula

Pasangan pelakon yang cukup romantis, Fauzi Nawawi dan Lisdawati sememangnya antara pasangan yang digemari oleh warganet.

Selepas hampir 14 tahun mendirikan rumah tangga, Lisdawati telah memuat naik gambarnya dipelaminan bersama suami tercinta dengan meninggalkan kapsyen yang menarik perhatian peminatnya.

Kecewa gambar kahwin tak tutup aurat dulu

Menurut pelakon senior itu, dia menyatakan betapa bahagianya jika bernikah dan bersanding dalam keadaan menutup aurat kerana masih boleh memuat naik gambar pada masa akan datang jika merindui momen tersebut.

Dia akui berasa kecewa kerana gambar perkahwinannya dahulu tidak menutup aurat berikutan belum berhijab. Jadi, setiap gambar yang ada menjadi koleksi peribadi sahaja.

Ajak sanding semula

Oleh sebab itu, dia secara berseloroh mengajak suaminya untuk bersanding sekali lagi andai mempunyai rezeki lebih supaya dapat melihat gambar perkahwinan sendiri secara menutup aurat.

Sanding semula kak

Sehubungan dengan perkongsian pelakon tersebut, Instagramnya telah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata bersetuju jika dia dan Fauzi Nawawi bersanding semula bagi memperoleh momen yang akan dikenang hingga akhir hayat.

Selain itu, ada juga warganet yang turut sama menghadapi perkara yang sama dan turut berasa kecewa diatas gambar-gambar yang mendedahkan aurat pada masa lalu.

kredit oh my media

Artikel Berkaitan   Seekor Orang Utan Ini Menderita Kesakitan Ada 130 Luka Tempakan Dan Tetakan Parang, Misteri Ini Masih Disiasat