Keluar kenyataan “UMNO sudah tak relevan”, Ketua Umno Bahagian Anggap Ketua Pemuda ARMADA “Mabuk Ketum”

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Ketua Umno Bahagian Subang Datuk Armand Azha Abu Hanifah menganggap Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) “mabuk ketum” apabila mendakwa parti Umno sudah tidak lagi relevan.

Armand Azha berkata, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menununjukkan hikmah berpolitik dalam kenyataannya.

“Ingat sebelum ini Syed Saddiq (bekas Ketua Armada) yang tak matang, rupa-rupanya yang ini lagi teruk mengalahkan mabuk ketum.

“Tiada political wisdom dalam buat kenyataan,” catatnya di Instagram.

Wan Ahmad Fayhsal semalam dilapor berkata Umno bukan lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara dan perlu akur dengan situasi itu.

Katanya Umno akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang (PRU15) jika terus berdegil dan enggan bekerjasama dengan PPBM dan PAS.

Sebelum itu, Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat minggu lalu dilapor memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam PRU15.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Masih Ingatkah Anda Pada Ariel Sharon, Orang Yang Membunuh Beribu-Ribu Rakyat Palestin. Ini 7 Gambar Kubur Dia