“Excuse You Suka Hati La. Tak Suka Tak Payah Bela Anjing. Aku Yang Bela Bukan Kau”

Pelakon dan juga model, Alicia Amin mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir pihak yang suka melontarkan komen negatif terhadap individu yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Jelas Alicia, orang luar tidak berhak untuk mempertikai keputusannya untuk membela anjing dan sekiranya mereka tidak berasa selesa, mereka tidak perlu melihatnya.

“I’m so tired of all these stupid comments regarding my dogs. They’re the goodest dogs who do nothing wrong and I know ‘ada je melayu yang ada anjing kenapa kena post’.

“Excuse you suka hati la. Tak suka tak payah bela anjing. Aku yang bela bukan kau.

Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Alamatnya Cinta itu menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di ruangan Instagram stories.

Katanya lagi, adalah lebih untuk kita sentiasa berbuat baik terhadap binatang berkenaan daripada terus memikirkan mengenai tanggapan negatif segelintir pihak terhadap diri mereka.

“Also if you’re Malay and love dogs and you takut nak tolong anjing or takut wanna walk your dog because there are malays around please take care of the dog.

“Jaga hati orang yang suka cakap buruk tak guna. Baik jaga your dog that will love you and protect you. K dah. Geram,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Alicia baru sahaja mendirikan rumah tangga berasa pilihan hati yang dikenali sebagai Farzan pada tanggal 14 Februari lalu.

kredit media hiburan

Artikel Berkaitan   Suami Dari Neraka Bunuh Isteri Di Hadapan 2 Anak Kecilnya, Jiran Dedah Perkara Yang Selalu Berlaku!