Seorang remaja perempuan di United Kingdom (UK) telah pengsan sebanyak dua kali, gara-gara tabiat peliknya yang suka makan rambut sendiri.
Remaja berusia 17 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan selepas bebola rambut dikesan dalam perutnya.
Bebola rambut berukuran 15 sentimeter itu telah mengambil sebahagian besar dalam ruang perut pesakit itu, hingga menyebabkannya menjadi bengkak dan buncit.
Tabiat aneh yang dikenali sebagai Sindrom Rapunzel ini membuatkan seseorang itu gemar memakan rambut sendiri atau juga disebut sebagai trichophagia.
Menurut laporan, remaja terbabit dibawa ke hospital selepas dua kali pengsan dan mukanya lebam, sebelum doktor mendapati ada bengkak di bahagian atas perut individu terbabit.
Remaja itu juga memaklumkan sakit perut selama lima bulan sebelumnya dan bertambah kritikal dalam tempoh dua minggu sebelum dia dimasukkan ke hospital.
Imbasan tomografi (CT) kemudian menunjukkan ada jisim besar di dalam perutnya yang sudah membuncit.
Remaja itu kini juga telah pulih selepas doktor menjalankan pembedahan membuang bebola rambut berkenaan.
kredit syok