
Sebelum ini tular di media sosial mengenai pekerja syarikat penghantaran barang J&T yang membaling ‘parcel’ pelanggan kerana mogok komisen telah dikurangkan.
Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik seorang lelaki bekerja di J&T telah memuat naik satu video memaparkan keadaan selepas peristiwa dahulu.
Dah tak baling barang
Menerusi video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat ‘parcel’ yang diterima oleh pihak J&T sewaktu promosi berlangsung dijaga dan diatur dengan elok tanpa mencampakkan seperti dahulu.
@wbas_photography Bila shopee sale 3.3…be like..#jntexpress #abangjnt #fyp #foryoupage
Meskipun barang diterima dalam kuantiti yang banyak namun, mereka berjaya mengatur dengan langkah lebih berhati-hati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan cara lelaki tersebut dan memesan agar sentiasa menjaga barang pelanggan.
Selain itu, mereka juga mengakui meskipun J&T melakukan masalah dahulu namun, masih tetapi dihati kerana perkhidmatan yang laju dan pantas.
Kan bagus kalau dulu macam ini
Sopan sangat tu! J&T tetap dihati
Senyum sampai telinga tu
Kerja elok2 bang!
Macam ini kan bagus! Tak baling-baling barang. ‘Customer’ pun gembira barang sampai cepat dan elok. Bagus, teruskan.
kredit ohmymedia