“Kalau Tak Salah Buat Apa Lari” Video Pemandu Waja Cuba Lari Dari Polis Sampai Terpaksa Lepaskan Tembakan Bikin Netizen Panas

Hari ini, tular satu rakaman video di laman sosial Twitter memaparkan sebuah kereta Proton Waja merempuh kenderaan lain di hadapan dan belakangnya dalam percubaan meloloskan diri dari ditahan pihak polis.

Video berdurasi satu minit 45 saat itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter menggunakan nama @anthraxxxx dan telah meraih sebanyak lebih 49 ribu tontonan.

Memetik makluman awal yang dikongsi oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kereta terbabit enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selepas gagal untuk mencelah di antara dua kenderaan di hadapannya, suspek kemudian mengundurkan kereta ke belakang dan melanggar kereta lain. Jadi, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.

Bagaimanapun selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan di hadapannya, suspek akhirnya berjaya memecut kenderaannya.

26Feb2021/SelangorMakluman awal sebuah kereta enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh anggota PDRM….

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, February 25, 2021

Difahamkan lagi, kejadian berkenaan berlaku di atas ‘flyover’ dari Tol Sungai Buloh/Sieramas menghala ke Sri Damansara/Kepong.

Kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12.50 tengah hari hingga jam 1 tengah hari tadi dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang turut berada di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Rosakkan kenderaan dan bahayakan nyawa orang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kemarahan dan mengecam perbuatan pemandu kereta Waja terbabit yang disifatkan tidak wajar.

Rempuh lori memang barai kereta

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun anggota polis yang mengejar suspek dari IPD Gombak.

Artikel Berkaitan   Terpelanting Anggota Polis Dilanggar Lelaki Penagih Dadah, Lalu Bertindak Meninggalkan Isteri

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang tular itu dalam masa terdekat.

kredit ohmymedia