Ibu Terlepa Sebentar, Anak Maut Direnjat Elektrik Gara-Gara Sudu

PENGGUNAAN tenaga elektrik tidak diurus secara baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sehingga membawa maut.

Secara luaran, mangsa renjatan elektrik mungkin dilihat tidak mengalami kecederaan serius.

Namun, kecederaan yang teruk boleh terjadi pada organ dalaman seperti jantung, otot dan saraf berpunca daripada pengaliran arus elektrik.

Renjatan elektrik boleh mengakibatkan pelbagai jenis kecederaan bermula daripada luka melecur ringan sehingga kepada serangan jantung yang seterusnya boleh meragut nyawa.

Seperti yang terjadi di Filipina apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat renjatan tersebut ketika berada di rumah.

Menurut laporan Manila Bulletin, ibunya, Eloisa Acay Angara membuat perkongsian di Facebook mengatakan kejadian tidak diingini itu berlaku selepas anaknya memasukkan sudu besi ke dalam lubang soket elektrik bersambung.

Katanya, dia tinggalkan sudu besi tu atas meja yang tinggi selepas membuat bancuhan susu anaknya, Jake Angsara dan tidak menyangka anaknya mampu capai dan terus cucuk ke dalam soket elektrik.

“Ketika hendak membuka pintu, saya terdengar suara gemuruh sehingga saya gugup, tetapi saya fikir ada sesuatu yang jatuh atau apa. Kemudian suami saya menjerit dan mengatakan Jake tidak sedarkan diri,” ujarnya.

Dia yang menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus bawa ke hospital berdekatan.

Namun, pihak hospital gagal menyelamatkan Jake dan kemudian, disahkan meninggal dunia.

Apa yang lagi menyedihnya, kejadian ngeri itu berlaku pada 19 Februari hanya 12 hari selepas ulang tahun keduanya pada 7 Februari yang lalu.

Semoga kejadian yang menimpa keluarga ini dapat berikan kita pengajaran. Elakkan meletak barangan elektrik di tempat yang mudah digapai anak-anak.

kredit sinarplus

Artikel Berkaitan   Rekrut Budak Bawah Umur, Gadis 20 Tahun Sudah Jadi “Mak Ayam”