“Akhir Februari 2020 PH Tumbang, Ulang Tahun Pertama Ramai Lagi Akan Sertai PN”

KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika sidang media di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Terdahulu, Ahli Parlimen daripada PAS dan UMNO hadir dengan menaiki bas untuk ke Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa lebih ramai lagi Ahli Parlimen akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dalam ciapan di Twitternya, Takiyuddin turut mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoo dari PKR yang keluar parti dan menyokong PN, hari ini.

“Akhir Februari 2020 PH tumbang, ulang tahun pertama ramai lagi akan sertai PN.

“Welcome to PN YB. Tebrau and YB. Julau. Kita bersama-sama berkhidmat kepada rakyat dan negara dalam keadaan menghadapi kesukaran pandemik Covid-19,” ciapnya.

Terdahulu, Kerajaan PN menerima sokongan dua Ahli Parlimen PKR itu sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemerintah yang menerajui kerajaan.

Kedua-dua Ahli Parlimen itu telah bertemu dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau juga sudah menerima Akaun Bersumpah (SD) daripada kedua-dua ahli parlimen berkenaan.

“Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” katanya.

kredit Malaysiapost

Artikel Berkaitan   2 Bekas ADUN DAP Sertai BERSATU Selepas Kerajaan PH Jatuh